Hari ini adalah hari kedua dia berkursus.. Kursus induksi..
Petang tadi dia telah menelefon ku.. berceritakan tentang gred dan kekecewaannya.. Sungguh bodoh rasanya menceritakan mengenai diriku dalam keadaannya yang down.. Masih ku teringat, dia mengatakan' You are not helping! I dont care what u dont like! '.. kami bertelingkah lagi.. Bodohnya sy tidak mengerti, tidak pandai untuk membantunya, atau sekurang-kurangnya menjadi pendengar yang setia..
Dalam keadaan itu, dia ada memberitahu yang dia ingin melayari Fb.. So, saya pun terus pulang untuk melihat2 apa yang telah cinta hati post di wall nya.. Malang, apa yang saya lihat adalah gambar 'Frustration'..
Sangat sedih kerana saya tidak mampu untuk membantunya, dan saya telah menambahkan lagi beban kedukaan di hatinya..
Sewaktu melayari Fb, smpat juga saya melihat2 wall ex-bf nya.. Ada post lagu daripada lagenda rock terkenal- Lipan Bara (Moga sempurna).. Lirik lagu ini banyak mengenai membina semula istana cinta yang telah runtuh... runtuh bukan soalnya.. moga dibina semula hingga akhir hayat..
Post itu tiba2 membuatkan saya rasa amat resah.. Bnyak y saya fikirkan.. seolah2.ex-bf nya mengetahui masalah yang dihadapinya.. seolah2 cinta hatiku berceritakan masalahnya, bagaimana kecewa dirinya kepada ex-bf nya.. Semuanya hanya jangkaan.. Tetapi jangkaan ini terlalu kuat untuk dibiarkan begitu sahaja..
Lagu itu juga menambahkan kerisauan ini..Terasa seperti diri ini tidak berguna untuknya.. risau jika dia berubah hati.. kerana memikirkan saya tidak mampu berada di sisinya sewaktu dia memerlukan.. Oh, kalaulah dia mengetahui y saya betul2 ingin berada di sisinya..
No comments:
Post a Comment